Tempat :
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Kuala Lumpur
Disempurnakan Oleh :
Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah
Kuala Lumpur - Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan anugerah itu yang pertama kali dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia sempena Hari Ibu Antarabangsa pada Mei.
Sejak tahun 1980, Yadim memperkenalkan Anugerah Ibu Mithali khusus untuk ibu-ibu beragama Islam, tetapi tahun ini badan itu ingin memanjangkan kepada ibu bukan Islam dalam usaha memberi kesedaran di kalangan ahli-ahli masyarakat tentang peranan yang dimainkan oleh semua ibu dalam melahirkan generasi masyarakat Malaysia.
Anugerah Ibu Malaysia ini terbuka kepada semua ibu di negara ini tanpa mengira kaum dan agama. Ia suatu yang berlainan dengan Anugerah Ibu Mithali. Anugerah Ibu Mithali khusus untuk ibu beragama Islam dan diadakan setiap tiga tahun.
Pengorbanan 10 orang ibu dalam membesar serta mendidik anak-anak mereka hari ini mendapat pengiktirafan apabila menerima 'Anugerah Ibu Malaysia 2008. Sebanyak tiga kategori anugerah telah disampaikan dalam Anugerah Ibu Malaysia iaitu Anugerah Ibu Cemerlang, Ibu Gemilang dan Ibu Terbilang.