SHAH ALAM 20 Mac 2008 – Bersamaan 12 Rabiulawal 1429H, kakitangan kerajaan, swasta, penuntut pusat pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah dari sekitar Selangor telah menyertai perarakan sejauh dua kilometer dari stadium mini ke Stadium Melawati yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Stadium Melawati
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terdahulu telah merasmikan acara tersebut dan menyerahkan anugerah Tokoh Maulidur Rasul Selangor. Turut dihadiri pembesar dan pemimpin kerajaan negeri yang datang untuk menyaksikan kemeriahan sambutan Maulidu Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H.