Taman Melati, Setapak 14 Mac 2008 - Dalam suasana yang ceria Shahiri dan Linda telah disatukan dengan diijabkabulkan selepas asar di petang jumaat yang Indah. Semasa grooming dijalankan oleh seorang make-up artis dari Indonesia kami sempat berborak dengan rancak hingga tak sedar yang majlis akan dijalankan sebentar sahaja lagi. Alangkah berdebarnya Shahiri apabila dia tahu yang dia bakal bergelar suami begitu juga Linda yang bakal bergelar isteri.
Walaupun kecederaan yang dialami oleh Shahiri, dia tetap gagah melangkah untuk meneruskan perjuangan tersebut. Debaran yang dialami dapat ditanganinya dan melafaz nikah dengan lancar sekali, namun kenakalan pak imam mengusik agar dinikahkan lagi yang membuat Shahiri tersipu seketika membuat hati yang gundah jadi gembira.
Tahniah untuk Shahriri dan Linda, serta terima kasih kerana keyakinan mereka mengambil kami untuk jadi jurugambar. Lagi sekali terima kasih atas pujian yang menyatakan mereka mudah bekerja dengan kami….Selamat Pengantin Baru!!! Semoga Bahagia Ke Akhir Hayat…